Ada Urusan Di Langkawi

Thursday, February 4, 2010 · 1 comments

Salam semua, mesti ramai yang tertanya2 di mana saya?

Saya kini berada di Langkawi atas urusan peribadi dan perniagaan. Sepanjang perjalanan hidup baru saya ni pelbagai rintangan datang dan pergi. ALhamdulillah Allah beri saya kekuatan dalam setiap ujianNYA.

Saya aplikasikan segala apa yg saya tahu... Kuasa Minda, LOA, Reiki, DOA, dan amalan2 lain. Alhamdulillah seperti tidak disangka2 segala kesusahan seperti senang saya melalui.

Saya mintak maaf banyak2 sebab lama tak update blog ni. Saya dalam proses transfer streamyx ke tempat baru. Harap2 cepat la settle.

Kepada sahabat reiki kesayangan saya, teruskan dalam perjalanan Reiki. Kita sentiasa akan diuji di atas setiap apa yg telah kita ketahui. Lagi kita berilmu dan beramal lagi lah kita diuji.

Ujian itu sekadar nak lihat setakat mana kefahaman kita dalam amalan ilmu yg diberi dan keyakinan kita. 'Sedap lidah berkata tapi perbuatan tidak semanis rasa...' Alamak peribahasa apa la pulak.

Ni pun curi2 pi cc. Taip je apa yang keluar dari kepala otak ni.

Untuk Kursus Reiki, saya masih teruskan. Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya bila-bila masa.

Saya memohon maaf atas segala kesulitan. InsyaALlah streamyx dah ok, saya akan kerap tulis kat blog ni. Setakat ni je la.

Salam dari saya.


Baca Selanjutnya...

Pentingnya Tenang Dalam Setiap Ujian

Tuesday, December 8, 2009 · 1 comments

Setiap individu baik remaja, dewasa atau orang tua, sudah semestinya pernah menghadapi masalah dalam hidup. Kata orang hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Berlegar dari masalah yang paling besar hinggalah masalah yang paling kecil, semuanya tetap dinamakan masalah. Cuma masalah yang dihadapi oleh seseorang itu berbeza. Bagaimana cara untuk mengatasinya juga adalah juga satu masalah. Namun hakikatnya setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Biasanya sebelum masalah itu selesai kita akan berasa sangat tertekan, hampir putus asa kerana tidak tahan menghadapinya.

Antara masalah yang wujud di persekitaran kita ialah masalah kemiskinan, kehilangan orang tersayang, masalah cinta, pertengkaran dengan ibu bapa, corot dalam peperiksaan serta beribu-ribu masalah lagi. Masalah juga boleh menyumbang kepada masalah yang lain, contohnya masalah remaja yang tidak tahan dengan leteran ibu bapanya boleh membawa remaja itu kepada masalah lepak, pergaulan bebas, dirogol, diculik dan juga mungkin dibunuh. Masalah yang kecil apabila tidak ditangani dengan baik boleh membawa kepada mudarat yang amat besar.

Setiap hari kita tidak akan terlepas dilanda dengan masalah, sekiranya bukan kita yang bermasalah, orang lain pula yang mendatangkan masalah. Oleh itu kita perlu bersedia menghadapi permasalahan tersebut dan cuba mencari kaedah untuk mengatasinya. Di sini saya ingin mengajak Anda sama-sama kita renung sejenak apa sebenarnya maksud setiap masalah itu, kaedah untuk mengatasinya serta panduan menghadapi masalah dengan tenang.

UJIAN IMAN

Masalah sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Sebab sebagai manusia kita sering terlupa serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan. Lebih-lebih lagi ketika usia remaja, hidup penuh dengan keseronokan dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru walaupun perkara itu jelas haram di sisi agama dan menyalahi undang-undang dunia, contohnya mengambil dadah dan hanyut dengan maksiat, dengan adanya ujian seperti ini, ia akan kembali mengingati apakah hidup kita selama ini mengikuti peraturan atau landasan yang telah ditetapkan oleh Allah ataupun telah jauh menyimpang.

Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah :

"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." ( al-Ankabut: 2 - 3)

DARJAT DI SISI ALLAH

Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang bermaksud “ Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya”.

Oleh itu sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka." ( at-Taubah: 111)

CARA MENGATASI MASALAH

1. Sandarkan Harapan Pada Allah

Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”

"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)

2. Minta Pertolongan Dari Allah

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." ( al-Baqarah: 45)

3. Jangan Sedih dan Kecewa

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)

Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:

“ ...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)

4. Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.

5. Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.

Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – (al-Baqarah: 216)



Sumber: islam.gov.my


Baca Selanjutnya...

Reiki Apa Saja

Friday, November 13, 2009 · 5 comments

Salam bahagia.

Saya doakan anda sihat dan rajin berlatih Reiki. Kepada yang belum belajar reiki, ambil peluang selagi masih ada.

Saya nak kongsi sedikit tips Reiki bersama Anda kali ni. Biar sedikit asal berterusan beramal. :-) Kepada Master dan otai-otai, tips ni basic saja. Kepada yang baru, boleh dijadikan panduan untuk lebih meluaskan skop reiki itu sendiri.

"Reiki bukan untuk dalam rawatan saja, malah lebih dari itu. Ia bergantung kepada kreativiti seseorang pengamal dalam mengaplikasikannya'


Tips untuk para pengamal reiki:

- rajin self healing - PENTING! setiap hari.

- gunakan energi reiki dalam apa jua keadaan:

# sebelum tidur (selepas adab tidur), reikikan tubuh Anda supaya mendapat tidur yang lena dan bila bangun pagi terasa segar. InsyaAllah.
(letak je kedua tapak tangan atas badan dan niat energi reiki mengalir -
pas tu rilex/zikir sampai tidur) Dan niatkan:

"Dengan rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah, aku bermohon, penuhilah diriku dengan tenaga Reiki sehingga esok pagi. Bersihkan semua energi negatif dari tubuhku, bersihkan semua jalur energi di tubuhku, aktifkan semua chakra di tubuhku, kuatkan aura diriku, tingkatkan energi perlindungan di sekelilingku, sembuhkan setiap orang yang berada di sampingku, dan sihatkanlah diriku rohani dan jasmani. Mohon makbul Ya Allah."

# bangun tidur. Niat, "Ya Allah, aku mohon aktifkan energi Reiki dalam diriku selama (sebutkan berapa minit/jam) - utk cergas, semangat dan aktif"

# nak mandi - reikikan air mandian. niat utk bersihkan aura dan suci zahir batin.

# nak makan, minum reiki je. - pegang je cawan/pinggan makanan niat alirkan tenaga reiki.

# nak pakai selipar/kasut alirkan reiki padanya - niat utk kuatkan kaki berjalan.

# saja2 duduk santai reikikan diri sendiri.

# dengar ada orang sakit kat tv, paper - terus reiki jarak jauh.

# apa saja niat je reiki. Supaya kualiti Reiki bertambah baik.

**niat boleh diubah2 ikut keadaan dan secukup rasa. Tak perlu panjang macam puisi. :-)

Ok, rasanya setakat ni je kot. InsyaAllah pas ni saya kongsi lagi. Yang penting biar sedikit tapi amalnya berterusan.

Kalau Anda ada tips-tips Reiki yang lain, silakan berkongsi.


Baca Selanjutnya...

Belajar Reiki Untuk Apa?

Sunday, November 1, 2009 · 0 comments

Salam kepada semua,

Setiap sesuatu perbuatan mestilah disertai dengan niat dan tujuan. Tanpa niat, perbuatan menjadi perbuatan. Sekadar adat saja.

Tidur, semua orang tidur. Perbuatan tidur ni semua tahu dan tak perlu diajar. Kalau ada yang nak diajar cara-cara tidurkan diri tu, tak tahu la. Hehehe. Tapi kalau adab-adab tidur, itu sudah pasti mesti belajar.

Tapi kalau tidur saja tanpa ada niat, sia-sia. Hadirkan niat yang bersesuaian dan Anda akan dapat apa yang Anda niatkan.

Ok, berbalik kepada tajuk 'Belajar Reiki Untuk Apa?, apakah tujuan Anda untuk belajar Reiki? Sekadar nak tahu reiki, nak cuba-cuba, nak merawat diri, bantu orang lain atau apa sebenarnya niat Anda belajar Reiki?

Perkara ni perlu diberi perhatian khusus kerana ia akan memberi kesan kepada pembelajaran Reiki. Ada yang belajar Reiki sekadar nak rasa tenaga Reiki, tapi bila tak rasa terus kecewa. (Soal 'rasa' saya akan kupas di lain artikel, insyaAllah). Tak kiralah kalau nak belajar apa sekalipun, yang penting pasang niat betul-betul.

Anda sendiri perlu menilai diri sejauh mana niat dan tujuan Anda untuk belajar Reiki supaya hasil pembelajaran memberi anjakan paradigma dalam diri Anda. Pada saya, apa saja niat Anda saya menerima untuk belajar Reiki asalkan Anda sediakan diri Anda untuk belajar bersungguh-sungguh dan praktikkan apa yang telah diajar.

Jadi, apakah niat Anda sebenarnya untuk belajar Reiki? Silakan berkongsi :-)

p.s. Berminat dengan Kursus Reiki? Daftar sekarang!


Baca Selanjutnya...

Pengamal Reiki Harus Lakukan...

Thursday, October 22, 2009 · 2 comments

Salam kasih kepada pembaca blog reiki ini.

Jiwa yang tenang, fikiran yang tenang, jasad yang tenang dan segalanya pada diri tenang menghasilkan tenaga yang kuat dan dahsyat! Walau apa saja aliran perguruan dan jenisnya, tanpa tenang Anda telah gagal di awal perjalanan.

Ada juga yang berkata perlu bersabar. Ya, benar. Memang sabar itu juga penting, tapi sabar itu mendatang kemudian apabila tenang mendiami diri. Berlatih dan berusahalah agar diri dan segala 'komponennya' turut sama tenang.

Aduhai mukadimah sentimental la pulak. Takpa kita renung-renungkanlah ya. ;-)

Baiklah, kepada Anda yang masih baru atau telah lama atau yang akan mengikuti Kursus Reiki dari saya, ingin saya berkongsi tentang apakah perkara penting yang harus Anda lakukan selepas menerima attunement Reiki.

Kepada Anda yang telah mengkuti Kursus Reiki, sila rujuk Manual Perlatihan Reiki yang diberi. Diharap semua pengamal Reiki termasuk saya mengamalkan apa yang diterangkan nanti:


1. Self Healing (penyembuhan diri sendiri)
2. Meditasi
3. Rawatan (penyembuhan orang lain)


Self Healing (penyembuhan diri sendiri)

Selepas Anda menerima attunement Reiki, terus saja lakukan Self Healing yakni dari hujung rambut ke hujung kaki. Ia bertujuan membersihkan sisa baki kotoran energi negatif yang ada pada tubuh Anda dan tubuh akan menjadi lebih sihat. InsyaAllah. Self Healing yang dilakukan selepas Anda mengambil attunement Reiki biasanya selama 21 hari berturut-turut.

Ramai yang bertanya, "Kalau tertinggal sehari, nak kena ulang balik ke dari mula?"... Tak perlu susahkan diri, tujuan belajar Reiki bukan untuk menyusahkan diri sendiri. Lakukan dengan rela dan santai. Kalau tertinggal harinya, terus saja habiskan baki 21 hari tersebut. Jika Anda benar-benar berdisiplin, pasti ini tidak menjadi alasan.

Selepas melakukan Self Healing 21 hari berturut-turut, Anda harus tetap melakukan Self Healing ini setiap minggu agar kondisi tubuh lebih sihat dan segar. Ini kerana, setiap hari tubuh Anda pasti terdedah dengan radiasi dari perkakasan elektronik, niat, kata-kata, penglihatan yang serba negatif di sekeliling Anda.

Mungkin efek tidak serta merta tetapi, bagi Anda yang peka dapat merasakan perubahan kurang selesa pada tubuh, minda dan jiwa dalam menjalani kehidupan seharian.

Anda boleh rujuk artikel sebelum ini - Pentingnya Penyembuhan Diri.


Meditasi

Teknik ini merupakan latihan pengembangan kemampuan pengamal Reiki untuk meningkatkan kepekaan terhadap energi di sekitarnya. Di samping itu, Anda dapat merehatkan gelombang minda yang seharian letih memproses maklumat. Kebiasaannya kita menggunakan wilayah gelombang Beta dalam kerja seharian.

Jadi, dengan sering mengamalkan meditasi Anda dapat tenangkan minda Anda sambil 'setting' semula program-program minda dengan afirmasi-afirmasi positif untuk motivasikan diri Anda.

Jika Anda sibuk, Anda boleh lakukan latihan Self Healing dan meditasi secara bergantian setiap hari. Kalau hari ni buat Self Healing esok buat meditasi. Begitulah seterusnya...


Rawatan (penyembuhan orang lain)

Salah satu tujuan seseorang belajar terapi energi - Reiki, di antaranya adalah agar dapat membantu kaum keluarga atau orang lain yang sedang sakit.

Mengalirkan energi penyembuhan Reiki kepada orang lain, selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan terhadap pesakit, ia juga sekaligus akan lebih menyihatkan tubuh Anda. Kerana, energi Reiki akan mengalir melalui tubuh Anda dahulu sebelum ke tubuh pesakit.

Bagi pengamal Reiki, Anda tidak perlu khuatir akan kehabisan tenaga apabila kerap melakukan rawatan. Lebih lama Anda alirkan tenaga Reiki lebih bagus dan tidak akan kehabisan tenaga Reiki Anda itu. Sebab teknik Reiki ini berbeza dengan tenaga dalam, di mana jika pengamal tenaga dalam mengalirkan tenaga, maka tenaganya itu adalah tenaga yang bersumber dari dalam diri pengamal tersebut. Sebaliknya tenaga Reiki yang mengalir bukan berasal dari dalam tubuh, tetapi tenaga alam semesta yang berasal dari luar tubuh Anda.

Jadi Anda tak perlu risau, selalulah lakukan 'healing' kepada orang lain.

Kepada yang belum belajar Reiki, peluang masih ada.
Rebutlah peluang ini sekarang! Hubungi saya bila-bila masa.


Baca Selanjutnya...


ID YM: syed_mansor

skype

ID skype: syedmansor

 

| Copyright © 2009 - Belajar Reiki Online By www.nur-reiki.com |