Reiki Mengalir Secara Automatik

Friday, March 20, 2009 ·

Sifat ini adalah salah satu yang menarik dalam pengamatan terhadap fenomena Reiki Bila tangan seorang pengamal diletakkan pada atau berdekatan dengan orang hidup, Reiki akan "mengalir/hidup" secara automatik. Pengamal tidak perlu memiliki niat yang nyata, kerana ketika ia tidur dan tangannya sedang diletakkan pada luka seseorang, Reiki tetap mengalir walaupun pengamal tersebut tertidur.

Jelaslah, bahawa dari pengamatan ini, kita boleh melihat bahawa aliran Reiki bangkit terlepas dari pengamal samada niat atau tidak dan terlepas dari keyakinannya. Kita tidak perlu belajar untuk memberikan Reiki. Apabila kita sudah diselaraskan energinya (diberi attunement), kita hanya perlu meletakkan tangan kita pada atau berdekatan dengan tubuh pesakit.

Pengamatan lain adalah sedikit berbeza. Pengamal mahupun pesakit mengamati bahawa Reiki akan mengalir lebih kuat bila pengamal secara sengaja meletakkan tangannya dengan niat kasih sepenuhnya. Hal ini bererti bahawa bila kita secara sedar berniat untuk membantu pesakit dan tangan kita letakkan dengan niat pula, penyembuhan akan lebih efektif.

InsyaAllah.

1 comments:

black said...
March 24, 2009 1:06 PM  

Tembahan,

Energi akan mengalir dengan lebih baik dan halur butirannya halus lagi jika kita sering melakukan Self Healing.

Post a Comment



ID YM: syed_mansor

skype

ID skype: syedmansor

 

| Copyright © 2009 - Belajar Reiki Online By www.nur-reiki.com |