Salam bahagia.
Saya doakan anda sihat dan rajin berlatih Reiki. Kepada yang belum belajar reiki, ambil peluang selagi masih ada.
Saya nak kongsi sedikit tips Reiki bersama Anda kali ni. Biar sedikit asal berterusan beramal. :-) Kepada Master dan otai-otai, tips ni basic saja. Kepada yang baru, boleh dijadikan panduan untuk lebih meluaskan skop reiki itu sendiri.
"Reiki bukan untuk dalam rawatan saja, malah lebih dari itu. Ia bergantung kepada kreativiti seseorang pengamal dalam mengaplikasikannya'
Tips untuk para pengamal reiki:
- rajin self healing - PENTING! setiap hari.
- gunakan energi reiki dalam apa jua keadaan:
# sebelum tidur (selepas adab tidur), reikikan tubuh Anda supaya mendapat tidur yang lena dan bila bangun pagi terasa segar. InsyaAllah.
(letak je kedua tapak tangan atas badan dan niat energi reiki mengalir -pas tu rilex/zikir sampai tidur) Dan niatkan:
"Dengan rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah, aku bermohon, penuhilah diriku dengan tenaga Reiki sehingga esok pagi. Bersihkan semua energi negatif dari tubuhku, bersihkan semua jalur energi di tubuhku, aktifkan semua chakra di tubuhku, kuatkan aura diriku, tingkatkan energi perlindungan di sekelilingku, sembuhkan setiap orang yang berada di sampingku, dan sihatkanlah diriku rohani dan jasmani. Mohon makbul Ya Allah."
# bangun tidur. Niat, "Ya Allah, aku mohon aktifkan energi Reiki dalam diriku selama (sebutkan berapa minit/jam) - utk cergas, semangat dan aktif"
# nak mandi - reikikan air mandian. niat utk bersihkan aura dan suci zahir batin.
# nak makan, minum reiki je. - pegang je cawan/pinggan makanan niat alirkan tenaga reiki.
# nak pakai selipar/kasut alirkan reiki padanya - niat utk kuatkan kaki berjalan.
# saja2 duduk santai reikikan diri sendiri.
# dengar ada orang sakit kat tv, paper - terus reiki jarak jauh.
# apa saja niat je reiki. Supaya kualiti Reiki bertambah baik.
**niat boleh diubah2 ikut keadaan dan secukup rasa. Tak perlu panjang macam puisi. :-)
Ok, rasanya setakat ni je kot. InsyaAllah pas ni saya kongsi lagi. Yang penting biar sedikit tapi amalnya berterusan.
Kalau Anda ada tips-tips Reiki yang lain, silakan berkongsi.
Kalau Anda ada tips-tips Reiki yang lain, silakan berkongsi.








salam master,
ada 1 lagi saya ingat yg master ada ajar. Sebelum kuar umah, reiki kan jalan bagi clear, takde trafik jem, trafik light selalu hijau bila nk lalu.
saya selalu buat, mmg nampak kesan. pi kerje happy. :-)
thanks master. syukurrrr.
Memang betul tu, REIKI ni bukan sekadar Penyembuhan sahaja malah lebih banyak manfaatnya, seronok dapat belajar REIKI ni. Saya memang suka mencuba apa sahaja dengan REIKI termasuk untuk kawal mimpi..he..he..jangan tak caya..ianya berhasil...yang penting tahu cara sikit bagaimana nak kawal mimpi dan terus aplikasikan REIKI sekali.
Ada sekali tu, saya cuba nak "tembus alam mimpi" terus semasa baring. Waktu tu dekat jam 11.00 malam, mata belum mengantuk lagi, tapi saya "paksakan" mengantuk dengan REIKI dan terus saya "tersedut" ke alam mimpi..he..he..malah boleh juga ciptakan "dunia khayalan" milik sendiri di alam mimpi.
Kepada yang belum mengambil Kursus Kundalini Reiki ni, cepat-cepat ambil. Best sangat dan banyak manfaat. Sebanyak manapun kami (Para Pengamal Reiki) katakan tentang kebaikan REIKI ni, anda tidak akan dapat merasainya sendiri sehinggalah anda mengamalkan sendiri REIKI dalam kehidupan anda.
p/s : Kepada Para Master sekalian, marilah kita ekplorasi lagi REIKI ini dan disamping itu jangan lupa untuk beramal, salurkan pada mereka-mereka yang memerlukan.
p/s/s : Dan jangan lupa bahawa kita mahupun REIKI bukan penyembuh sebenar tetapi medium perantara sahaja. Semuanya berlaku atas Kehendak Tuhan jua.
:-) Salam Ceria...
Alessandro Rahman..
Salam semua master dan otai reiki,
Anak saya hamil 1st trimester anak ketiga.
Pada tahap ini dia selalu mabuk loya dan muntah.Selalu rasa malas dan mengantuk.
Dia minta saya reiki kan.
1. Kesemua tanda2 itu beransur ansur hilang.
2. Rasa malas pun hilang timbul rasa ceria dan cergas kemas rumah masak memasak
3. Kalau dia atau anak anak(cucu saya) demam pening kepala saya akan reiki jarak jauh sbb dia di Terengganu saya di Muar,Johor. Lazim nya sebaik saja dia sms belum pun sempat saya nak reiki ( dlm tempoh 10 minit )dia dah balas sms kata dia dah sihat.Sedangkan saya baru niat aje nak reiki sekejap lagi.
Itu lah berkesan nya reiki yang saya amalkan untuk renungan kita bersama.
Amalkan self healing setiap kali selepas solat subuh sebagaimana yg di sarankan Master Syed.Wallahualam.
Ishak
Salam master alessandro dan kapten ishak...
Betul tue, 'kemanisan' Reiki bukannya boleh diungkap dengan kata-kata, tapi ianya pada 'rasa' pengamalnya. Sape yg dah merasai kemanisan tu, mmg manyak syiok! Hehehe...
Cara amal Reiki cukup mudah, meditasi, selfhealing dan selalu modified aplikasi reiki tu...
Semoga terus sukses!
Salam pada semua,
Sekadar berkongsi,saya selalu reikikan suami saya agar kasih sayangnya sentiasa bertambah pd saya.
Saya cuma niat alir tenaga kasih sayang pd suami saya.
" Ya Allah ku mohon padamu alirkan tenaga kasih sayang suamiku pd ku dan aku pd suamiku. Berkatilah hubungan kami, amin"
Selamat mencuba.
Post a Comment